Novelis Terkenal Azizi Abdullah Meninggal Dunia


Mata Upadate -

Novelis Terkenal Azizi Abdullah Meninggal Dunia

Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lalu.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi, berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lalu.

Mohd Ridzuan berkata, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. 
Dua novel terbarunya “Anak Belantera” dan “Badai Cinta”, baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan laLU.

– BERNAMA

Sumber : http://suarabawahtanah.com/2011/08/21/azizi-abdullah-meninggal-dunia/#ixzz1VhJXS1kW

semoga allahyarham ditempatkan bersama sama orang beriman…aminnn!!

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Novelis Terkenal Azizi Abdullah Meninggal Dunia semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^