Cara Wanita Berjalan Melambangkan Identiti..Anda Yang Mana


Mata Upadate -

Cara Wanita Berjalan Melambangkan Identiti..Anda Yang Mana





firstly...entry ini untuk wanita sahaja...diulang...WANITA SAHAJA...ahahaha..lelaki lembut juga tidak terkecuali..hahahahahhaa


entry nie dari facebook note saudara Faisal Katimin 



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah,
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.  

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini
tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini
senang diatur dan diuruskan. 

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini
memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang
rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti
ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki
akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak
akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.  


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki
pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia
selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.                                                                                                                       

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah
itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesai
kan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
 Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.                   



anda yang mana???=)...                                               
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Cara Wanita Berjalan Melambangkan Identiti..Anda Yang Mana semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^