Terkini Di Libya : Gaddafi Sedia Beri Senjata Kepada Penyokong


Mata Upadate -

Terkini Di Libya : Gaddafi Sedia Beri Senjata Kepada Penyokong

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan perang saudara selepas menyuarakan kesediaan untuk memberi senjata kepada penyokongnya untuk menyerang penentangnya, menyusuli keputusan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas ketua negara itu dan empat anak lelakinya.

Dalam ucapan serba ringkas di ibu negara kepada penyokongnya di Dataran Hijau, Gaddafi percaya penentangan terhadapnya akan dapat dihapuskan.

“Kita akan lawan mereka dan kita akan kalahkan mereka. Jika perlu, kita akan buka semua tempat simpanan senjata,” kata Gaddafi yang merampas kuasa ketika berpangkat kolonel pada 1969.

Hampir keseluruhan wilayah timur Libya tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi sejak penentangan meletus di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu, menyusuli pemberontakan di Mesir dan Tunisia.

Di Benghazi, jurucakap revolusi berkata, penentang mahu satu pentadbiran sementara mengambil alih pentadbiran.

“Kami tunggu Tripoli tamatkan pemerintahan Gaddafi dan anak lelakinya, selepas itulah kami akan bentuk kerajaan sementara,” kata Abdelhafiz Ghoqa.

Di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan mengenakan sekatan peribadi ke atas Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam satu cubaan jelas untuk melemahkan lagi rejim yang sudah goyah itu.

Obama menggunakan kuasa presidennya dalam satu arahan eksekutif kelmarin untuk merampas aset Gaddafi dan anggota keluarganya yang dinamakan di Amerika dan global di bawah naungan institusi kewangan Amerika, mengatakan ‘maruah kemanusiaan’ rakyat Libya ‘tidak dapat dinafikan.’

Washington turut menutup kedutaannya di Tripoli sambil memberi amaran perisiknya sedang mencari bukti ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Libya.

Ia juga percaya, Gaddafi kehilangan keyakinan rakyatnya, membayangkan bahawa Washington mahu pemimpin Libya itu segera disingkirkan.

Pihak berkuasa berkata, sekatan Amerika itu adalah cubaan langsung untuk menghalang sebarang kecurian aset Libya dan kekayaan negara oleh Gaddafi dan anak lelakinya di tengah pergolakan yang melaporkan lebih 2,000 terkorban dan memecah belahkan negara itu.

Secara peribadi, sumber berkata, Washington berharap langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pembelotan dari dalam rejim.

Menurut satu mesej 2010 dari kedutaan Amerika di Tripoli, diperoleh WikiLeaks, dana kekayaan negara dimiliki Libya berjumlah AS$32 bilion (RM97.63 bilion) dalam bentuk tunai dan ‘beberapa bank Amerika setiap satunya menguruskan antara AS$300 juta hingga AS$500 juta (RM915.3 juta dan RM1.53 bilion).’

Sekatan Obama secara khusus menyasarkan anak lelaki Gaddafi, Ayesa Gaddafi, Mutassimi Gaddafi, Seif al-Islam dan Khamis Gaddafi. – AFP

gila betul orang tua nie.

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Terkini Di Libya : Gaddafi Sedia Beri Senjata Kepada Penyokong semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^