Terkini Kes Video Seks Anwar :Hanya 4 Peratus Rakyat Malaysia Percaya Video Seks Tulen Dan Satu Fitnah


Mata Upadate -

Terkini Kes Video Seks Anwar :Hanya 4 Peratus Rakyat Malaysia Percaya Video Seks Tulen Dan Satu Fitnah

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh “Datuk T” dua minggu lalu.

Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.

Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.

Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.

Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.

Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.

Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” tidak akan sesekali “membunuh” karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

  sumber :Malaysianinsider

Secara peribadinya, aku sendiri kurang pasti yang video seks tu pelakonnya adalah DSAI sendiri. Andaian ni aku buat based on beberapa kes yang dah jadi kepada Anwar. Kalau dari dulu kita tengok, bila dah dekat ja pilihanraya , mesti akan timbul isu yang baru untuk jatuhkan DSAI. Belum habis isu liwat, timbul isu video seks, persoalannya, sebab apa video tu tak didedahkan awal awal lagi, kenapa perlu tunggu pilihanraya dah dekat baru nak dedahkan.

Dan kebanyakan ulamak dan Mufti di Malaysia tak bersetuju dengan pendedahan video terbabit sebab akan jadi fitnah sebab belum pasti pelakunya adalah DSAI . Untuk sabitkan zina perlu ada 4 orang saksi yang betul betul melihat kejadian tu dan rakaman tak boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk sabitkan kesalahan zina.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

keratan akhbar kenyataan Datuk Harussani . Berita lanjut di SINI

Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu

kenyataan Wall Street Journal bertarikh 30Mac

Lagi satu dengan Ketua Polis Negara. Kenapa perlu keluarkan statement “video adalah tulen”. Mungkin bagi mereka yang berpendidikan tinggi boleh tafsir statement tu sebagai video yang tulen tetapi pelakunya belum pasti. Tapi, bagi yang kurang faham dan kurang ambil tahu, statement tu akan ditafsir sebagai DSAI memang tulen dan sah terlibat dengan skandal seks tersebut. Ketua Polis Negara sepatutnya kena lebih berhati hati dan telus.

Link berkaitan kes Video Seks Anwar Ibrahim

Date: Apr 03, 2011

Goldmember

Date: Apr 03, 2011

Anwar adalah pelakon terbaik — Mingguan Malaysia

Date: Apr 03, 2011

Sex video may damage Anwar, Pakatan support, poll finds

Date: Mar 31, 2011

Polis Ampang arah Anwar bantu siasatan

Date: Mar 31, 2011

Anwar dragged into Azmin sedition probe

Date: Mar 31, 2011

Rahim Thamby: ‘Orang politik ini memang kuat bohong’

Date: Mar 31, 2011

Harussani: Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar

Date: Mar 30, 2011

A-G no power to ‘indemnify’ anyone, says Nazri

Date: Mar 30, 2011

Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand ‘trips’

Date: Mar 30, 2011

Dakwaan video seks buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal

Date: Mar 29, 2011

Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN

Date: Mar 29, 2011

Sex and ‘moral Malaysia’

Date: Mar 29, 2011

Jangan heret rakyat dengan skandal pemimpin — Utusan Malaysia

Date: Mar 29, 2011

Di mana ketelusan PAS? — Zulkiflee Bakar

Date: Mar 29, 2011

Bukit Aman: Polis tidak siasat Anwar kes video seks

Date: Mar 29, 2011

Police say not probing Anwar in sex video caper

Date: Mar 28, 2011

Terima sahaja cabaran untuk berdebat terbuka itu — Aspan Alias

Date: Mar 26, 2011

Video seks: PKR kecam laporan Utusan dakwa Anwar ‘hilang’ hampir dua jam

Date: Mar 26, 2011

PKR says Utusan’s tweet-tracking malicious

Date: Mar 25, 2011

Police inspect location of sex video recording

Date: Mar 25, 2011

PKR blames Najib, Dr M for sex video

Date: Mar 25, 2011

Eskay wanted revenge on Anwar, says Megat Junid’s ex-bodyguard

Date: Mar 25, 2011

Rahim insists Wan Azizah wanted to see sex video

Date: Mar 25, 2011

FT PKR wants Risda chief Rahim sacked over sex video

Date: Mar 25, 2011

Anwar’s trial reaches mind-boggling phase — Hanipa Maidin

Date: Mar 25, 2011

Of political desperados, dingoes and demons — Martin Jalleh

Date: Mar 25, 2011

Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar

Date: Mar 25, 2011

Video seks bukti Umno guna politik jijik dan jahat, dakwa Anwar

Date: Mar 24, 2011

Jamil Khir: Jakim says pluralism in Anwar’s London speech

Date: Mar 24, 2011

Jakim sahkan ada unsure pluralisme dalam ucapan Anwar in London

Date: Mar 24, 2011

Johari denies asking for bribes, disputes sex video location

Date: Mar 24, 2011

Anwar hits out at Najib over ‘religious persecution’

Date: Mar 24, 2011

PKR man says was asked to make Anwar and wife quit

Date: Mar 24, 2011

PKR claims Najib met ‘Datuk T’

Date: Mar 24, 2011

Kes liwat Anwar: Pembela mahu panggil Najib, Rosmah saksi

Date: Mar 24, 2011

Sodomy II: Defence may call Najib, Rosmah as witnesses

Date: Mar 24, 2011

PAS diminta jadi orang tengah pujuk Anwar tidak aktif berpolitik

Date: Mar 24, 2011

PAS told of ‘surprise’, asked to make Anwar quit politics

Date: Mar 23, 2011

Police begin probe over sex video

Date: Mar 23, 2011

Pakatan says sex video will backfire on Umno

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Terkini Kes Video Seks Anwar :Hanya 4 Peratus Rakyat Malaysia Percaya Video Seks Tulen Dan Satu Fitnah semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^