Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap


Mata Upadate -

Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap


JERLUN, 19 Ogos — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.
Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.
“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.
“Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.
Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir (gambar) berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.
“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.


##sokong. Ini la bila orang berilmu keluarkan komen. 
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Komen Dr Mahathir Berkaitan Isu Serbuan Gereja : Aku Sokong 100% Apa Yang Dr.M Cakap semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^