Padini Warehouse “GILA” Sale, Semua Barang RM5
dari 30 september hingga 1 Oct iaitu semalam, Padini ada buat sale gila gila babeng untuk warehouse clearance . Tapi sorry la bagi sesapa yang tak tahu. Ini entry nak cerita je bukan nak hebahkan pasal sale gila ni. So dah terlambat . Dah habis dah
Sebenarnya aku tak berpeluang untuk join pun sebab laki bukan minat sangat pun shopping ni kan. Kalau pompuan, dengar je tangan dah terketar ketar dah nak keluarkan duit. Aku cuma sempat hantar kakak aku je la sebab pagi semalam ada program di UiTM. Pagi pagi pukul 7 kami dah gerak ke Glenmarie . Aku rasa macam awal jugak la aku hantar kakak aku gi sana. Sebab sale open pkul 9 pagi. Sampai sampai je, makk aii. Bukan main panjang dah beratur. Tak tahu la pukul berapa orang orang tu datang beratur. Kul 5 pagi ke hape??
ini iklan yang dikeluarkan :
Padini Warehouse Clearance Sales 2011 is back!!!
For all Padini Fans fashion label, there will be a warehouse clearance sales from 30 Sept – 1 Oct 2011 at Padini Holdings Berhad, No 15 Jalan U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam.
You can enjoy with all your favorites labels such as P&Co, Seed, PDI, Miki, Padini Authentics, Padini and many more. All this for price starting from RM5.
Goods sold is strictly not exchangeable, returnable & refundable. No Smoking / F&B / Big Bags is allowed in. Cash Only
gila betul kan semua barang 5 hengget ja. Bukan senang nak dapatkan barang barang Padini dengan harga standard bundle.
yang tak tahu mesti geram gila kan tengok promotion gila ni?haha. Tapi sorry la dah habis dah semalam. Warehouse Clearance kali ni kakak aku cakap adalah yang paling besar dia pernah buat. Sebelum sebelum ni tak ada la besar sangat. Kali ni memang gempak . Ye la bayangkan satu baju 5 ringgit. Pastu boleh beli unlimited. Gaji pulak baru masuk hujung hujung bulan. Bagi yang otak bisnes. Boleh la beli berpuluh ratus pasang. Pastu balik jual mahal2 . Orang bukan tau kan? Dapat untung. And kakak aku cakap siap ada yang sanggup datang Shah Alam sewa hotel semata mata nak datang sale gila ni. Giler gempak tidor hotel terus.
Tapi yang malangnya, semalam baju perempuan je la banyak. Baju untuk laki stok2 xxxl ade la.Damn it. Tau2 je mmg perempuan je yang gila nak datang situ. Semalam plak aku memang tak dapat nak pegi. Hopefully taun depan ada lagi. Nak2 pulak time baru masuk duit PT. Memang serbu habissss la Pukul 4 pagi aku g beratur. haha
ada tak blogger yang join jugak beratur panjang panjang semalam?kongsikan la. Aku nak tengok gak gambar gambar dalam tu macmna. Tapi rasanya mmg tak sempat snap dah. Mata tu nampak baju je kan?
Dan bagi sesiapa yang nak tengok promotion terbaru di malaysia, boleh layari laman web Offerstation
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Padini Warehouse “GILA” Sale, Semua Barang RM5 semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^