Dipermudahkan Untuk Jadi Orang Shah Alam.


Mata Upadate -

Dipermudahkan Untuk Jadi Orang Shah Alam.

Alhamdulillah dah beberapa hari dah aku sampai kat Shah Alam untuk sambung degree kat sini. I’m now officially dah jadi sebahagian dari orang Shah Alam . InsyaAllah untuk 2 tahun akan datang dan mungkin beberapa tahun dan mungkin terus kat sini. Sape tau kan? Fortunately sebab kakak aku ada 2 orang yang stay kat sini. So ada masalah apa apa senang aku nak mintak tolong. Kalau sesak boleh pau sikit. hehe

Rasa alhamdulillah sangat sebab sepanjang 2, 3 hari ni, banyak dipermudahkan untuk aku setle segala urusan untuk stay kat sini. Dari rumah sewa, transport dan semua semua la. Semuanya tak ada masalah . Rumah sewa aku kat seksyen 7 alhamdulillah okey je. Housemate aku semua terbaik terbaik dan bukan jenis yang pelik pelik tak tentu hala. 2 dah kerja, 2 lagi still student jugak macam aku. Semua ok la buat masa ni. Kedepan tak tahu la pulak macammana kan?Tapi setakat harini, aku wat assumption yang dorang memang ok kot sepanjang hayat. Wuu sepanjang hayat tu aku bagi jaminan.

Dan transport plak jugak tak da masalah sangat . mulanya aku pening la jugak camne nak ke kelas hari hari sebab motor aku still dekat Kedah lagi. Tak post pun lagi. Nasib baik la BF kakak aku bermurah hati nak pinjamkan motor dia sbb dia dah tak naik motor tu. Dari tersadai je kat rumah kakak aku baik aku guna kan. Dan yang paling bestnya, masa hari mula mula aku nak guna motor tu, dia siap bawak pegi servis lagi tu. Beratus jugak la habis. Bila aku nak bayar, dia setengah mati tak nak pulak. Laaaa..Tapi rezeki aku la kan orang nak belanja. Bukan nak ambik kesempatan tapi dah orang berbudi, kita berbahasa la sikit kan.

Study pulak, macam ok laa. Cumanya semalam masa taklimat agak mengejutkan la sebab course aku dipenuhi dan dilimpahi sehingga melimpah ruah dengan wanita. Adehh. Cuba bayangkan, semalam yang datang taklimat ada 72 orang lebih kurang . Ada lelaki dalam 5 orang je and the rest perempuann. Perhhhh gila banyak gua cakap lu. Malu kucenk pun ada nih..Aku kan sememangnya diketahui ramai dengan sikap malu malu. Ok sila muntah

Dari aku mengarut lagi panjang dan buat korang rasa lagi meluat nak membaca, baik aku masuk penutup je untuk entry ni. lagipun dah rasa mengantuk yang teramat sangat dah ni. So kepada blogger2 yang tinggal area sini sini tu, boleh lah kita berjimba jimba dan berjumpa lepas ni. Kalau ada gath jangan la segan segan silu silu nak menjemput saye yerrr.

p/s : sapa blogger Shah Alam?boleh la lepak lepak sekali nanti!!

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Dipermudahkan Untuk Jadi Orang Shah Alam. semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^