Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup


Mata Upadate -

Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup

Mungkin ada yang dah sedia maklum dengan berita ni. bagi yang belum lagi tahu, bermula 15 September ini , semua kad prabayar (topup) untuk semua talian di Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 6% bergantung kepada jumlag nilai prabayar yang dibeli. Kaya lagilah kerajaan kita nampaknya.

Benda ni dah dibuat dalam bulan Julai yang lepas sebab tempat aku kerja pun dah start jual dengan harga baru but then lebih kurang 3hari lepas tu, ditangguhkan ke bulan 9. Dan selepas 15 September ni, semua kenaikan harga nilai kad prabayar akan dikuatkuasakan serta merta diseluruh malaysia.harga baru kad prabayar adalah seperti dibawah:

Nilai Prabayar Harga Baru (selepas 6% cukai)
RM 5 RM 5.30
RM 10 RM 10.60
RM 20 RM 21.20
RM 30 RM 31.80
RM 50 RM 53.00
RM 100 RM 106.00
RM 200 RM 212.00
Terkejut?Jangan terkejut sebab inilah kenyataannya selepas 15September ni. Naik la macammana pun orang tetap akan beli jugak sebab dah jadi sesuatu yang wajib. Macam orang Malaysia dengan nasi. Mahal macammana pun kena jugak beli kan?So kerajaan tak ada masalah la nak naikkan harga kan? Demand sentiasa ada.
 
Tapi bagi aku la. Ini cuma cadangan. Aku lebih suka kalau kerajaan terus potong 6% tu dalam nilai prabayar . Maknanya kita cuma akan dapat nilai sebanyak RM 4. 70 kalau topup RM 5 dan dapat RM 9.40 kalau topup RM 10. Tak la nampak sangat kena bayar. Ini tak. Dah la dalam kad tu dah terang terang tulis RM 10. but then tetiba nak kena bayar lebih 60sen. Macam tak best ja. Hopefully cadangan aku ni didengar. Dan satu lagi. Ia menyenangkan si penjual sebab tak payah nak bagi duit syiling bila jual . Kan senang genap genap terus. Buat berat poket ja duit syiling.
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^