Serius Nahas Nuklear Jepun di Paras Enam, Hampiri Kes Chernobyl


Mata Upadate -

Serius Nahas Nuklear Jepun di Paras Enam, Hampiri Kes Chernobyl

PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam.

Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh.

Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam.

Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.

Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.

Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters

SUMBER

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Serius Nahas Nuklear Jepun di Paras Enam, Hampiri Kes Chernobyl semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^