Alhamdulillah Dah Bergelar Graduan : Konvokesyen UiTM Ke-75
Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan , selepas 3 tahun kerja keras, memening dan memecah kepala memikirkan sesuatu untuk masa depan, akhirnya aku berjaya menghabiskan diploma di UiTM Kedah. Walaupun macam macam halangan, rasa nak stop belajar. Kena repeat subjek, tapi alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak ke penghujungnya. 25 Oktober 2011 satu tarikh keramat dalam hidup aku sebab dah berjaya mendapatkan segulung, not really segulung sebab zaman sekarang dah tak gulung. Konvokesyen bererti kemuncak kejayaan seseorang. Tak kira berapa pinter, apa anugerah pun, berapa bintang sekalipun. Semua mereka yang berpeluang untuk menamatkan sesuatu level adalah mereka yang terhebat. Dan alhamdulillah aku terpilih untuk bersama.
Perjalanan sebuah pengajian memang sesuatu yang sangat manis. Disitu lah kita bergelak tawa. Disitulah kita bertangis duka dan disitu jugak la kenangan kita cipta. Fuhh ayat macam lirik lagu .hihi. Jangan r potong stim aku tengah layan nak mengarang ni. Sempena konvokesyen diploma ni, aku nak sangat berterima kasih , firstly Alhamdulillah pujian dan terima kasih tak terhingga kepada Allah SWT yang dah memberi kesempatan untuk hidup dan meneruskan pengajian sehingga aku berjaya. Kepada mak ayah yang banyak bersusah payah, menghabiskan beribu ribu duit sampai kadang kadang aku lagi diutamakan dari benda benda yang lain. Aku pun bukannya dari keluarga yang senang senang petik jari duit terjun dari langit. Tapi alhamdulillah dalam setiap kesusahan pasti ada kejayaan kan? Lumrah alam. Kepada kakak kakak aku yang tersayang yang dah banyak bagi duit beli itu ini. Tak ada duit ja mesti aku roger mintak . Dan selalunya mesti dapat. Memang takkan lupa jasa semua yang dah tolong aku untuk capai semua ni.
Tak lupa jugak kepada semua kawan kawan aku , kawan satu course, kawan sebilik, kawan semandi,sekereta, semotor, setidur, sejalan, selari, sejatuh dan sewateva semua semua la. Anda semua tak akan hilang dari ingatan . Dan special kepada yang tersayang(saja tak mau link kepada beliau) yang dah banyak bagi semangat dan dorongan untuk aku. Selalu ada time aku memerlukan. And after 3 years of relationship, dia masih yang tersayang dan teristimewa dalam hati aku. Waahh romantik gituhh. haha
Dan dibawah ni beberapa gambar masa istiadat konvokesyen yang berlangsung 2hari lepas.
kakak yang sulung. Kak Ina yang dah bagi banyak sangat duit kat aku
Kak Rin, kakak kedua aku
mak tersayang
ini adik aku yang paling kecik
dengan mak ayah
jam mahal ni next entry aku cerita . haha poyo kan?
setakat tu je la kot nak melalut pasal konvokesyen ni . InsyaAllah dalam 2tahun lagi aku akan konvo pulak untuk degree. Doa doakan la ek .
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Alhamdulillah Dah Bergelar Graduan : Konvokesyen UiTM Ke-75 semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^