Terkini Dari Indonesia : Kedutaan Besar Malaysia Terus Jadi Sasaran Demonstrasi
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia dan pada Khamis oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP).
Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.
Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telahmenghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar.
Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Oktober ini.
Pernyataan itu antara lainnya meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya telah diambil secara haram oleh Malaysia.
Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.
Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan KedutaanBesar Malaysia berkaitan isu itu, setelah kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) yang membawa anggota berjumlah 650 orang berbuat demikian semalam.
Demonstrasi semalam menjadi kecoh apabila apabila penunjuk perasaan melempar batu, kayu dan buluh ke dalam kawasan kedutaan besar itu kerana marah dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu.
Perbuatan mereka telah mengakibatkan beberapa harta kedutaan rosak dan sembilan anggota polis Indonesia mengalami luka-luka kerana terkena benda-benda yang dilemparkan itu.- BERNAMA
Tak faham aku dengan perangai buruk orang Indonesia ni. Langsung tak berterima kasih dengan Malaysia yang dah banyak buat baik dengan puak puak pendatang kat sini. Kalau dah sampai macam ni, apa kata kita buat benda yang sama. Berdemonstrasi untuk bersihkan pendatang asing warga indonesia yang bekerja disini. Agaknya apa orang Indonesia akan fikir? Tapi tak mungkin sebab orang malaysia kan baik baik. Baik sangat sampai kadang kadang orang berani pijak kepala. Pemimpin teratas sila ambil tindakan segera. Jangan ingat nak fikir menang pilihanraya ja.
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Terkini Dari Indonesia : Kedutaan Besar Malaysia Terus Jadi Sasaran Demonstrasi semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^