(Gambar) Mayat Gaddafi Dibiar Membusuk Di Bilik Sejukbeku Pasar


Mata Upadate -

(Gambar) Mayat Gaddafi Dibiar Membusuk Di Bilik Sejukbeku Pasar

Reuters - MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Reuters
SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.


Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters

 

sumber : EKele


Even kalau cakap Gaddafi ni kejam sekalipun, at least hormatilah mayat orang dah mati. Kebumikan je la . Buat apa simpan lama lama. Kalau pun nak simpan, buat la elok elok, ini tidak. Buat macam bangkai binatang. Tuhan dah ciptakan manusia sebaik baik kejadian. Mengapa nak mempertikaikan kejadian Tuhan dengan melayan mayat Gaddafi seperti haiwan. Astaghfirullah. baiklah teman ... itulah postingan saya tentang (Gambar) Mayat Gaddafi Dibiar Membusuk Di Bilik Sejukbeku Pasar semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^