Lelaki Terlupa Pakai Seluar Dalam Lari Lintang Pukang Diserbu
gambar hiasan
Seorang pelanggan lelaki sebuah pusat urut batin di SS2 dekat sini, lari lintang pukang hingga tidak sempat memakai seluar dalam ketika premis itu serbu anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.
Lelaki berusia 30-an itu sempat meloloskan diri bersama seorang tukang urut dengan hanya bertuala mandi selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang premis urut berkenaan.
Dalam serbuan itu, tiga premis urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi turut tidak terlepas dikenakan tindakan kerana beroperasi secara haram.
Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Khir Johari itu turut menyerbu dua pusat siber judi yang satu daripadanya berselindung di sebilik operasi sebuah pusat snuker berlesen di situ
Sementara itu, Ahli MBPJ Zon 8, Tony Cheong berkata, semua premis terbabit dikenakan kompaun manakala peralatan serta barangan masing-masing turut disita.
“Pihak Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ turut mengeluarkan notis supaya bahan binaan tanpa kebenaran dalam premis haram itu juga perlu diroboh segera dalam tempoh 14 hari
“Sebanyak 100 unit komputer dan unit pemproses pusat (CPU) serta peralatan seperti tilam dirampas dalam serbuan kali ini,” katanya.
Kata Tony, operasi akan diadakan tiga bulan sekali selain pemantauan akan dibuat secara berterusan di kawasan itu bagi mengelak ianya dari terus popular sebagai lokasi premis haram beroperasi.
Tindakan diambil dibawa Undang Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBPJ 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kesihatan dan Kecantikan MBPJ 2007 dan Akta 133 (seksyen 71 (1) membuat binaan dalam premis tanpa izin.
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Lelaki Terlupa Pakai Seluar Dalam Lari Lintang Pukang Diserbu semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^