Fyda tak Mahu Dikaitkan Dengan Mamat Lagi


Mata Upadate -

Fyda tak Mahu Dikaitkan Dengan Mamat Lagi

Baru baru ni gempar dengan cerita Fyda Ibrahim yang dikatakan mula “tidak bertudung” selepas gambar beliau tidak memakai tudung tersebar dek kebodohan Mamat Sepah yang mengupload gambar tersebut ke dalam facebook. Dan selepas menjadi bahan kritikan di laman web dan blog di Malaysia, mamat sepah yang memang terkenal dengan perangai “tak elok dan playboy” keluar dengan alasan bodoh iaitu tidak memakai cermin mata. Anda rasa alasan itu relevan atau bodoh?

Entry berkaitan isu Fyda tidak bertudung :  Diana Amir Bertudung VS Fyda Tak Bertudung : Siapa Lagi Ok??

Dan terkini, selepas lama menyepi, Fyda tampil keluarkan kenyataan berhubung isu tersebut :

Kisah kontroversi yang menghambat pelakon Fida masih belum reda. Sejak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah, Fida terus menjadi perhatian..

Tidak hanya kisah cintanya bersama Mamat menjadi bualan ramai, terkini mengenai gambarnya dengan sebahagian rambut mengurau tersebar di internet. Difahamkangambar itu diambil Mamat dan dimuat naik ke laman facebooknya ketika mereka bercuti di Batam, Indonesia, bersama keluarga masing-masing.

Hal ini membuatkan peminat terkejut dan mula memberi pelbagai tanggapan terhadap Fida. Apatah lagi aksinya memeluk Iqram Dizly dalam drama Kasih Alia turut mencetuskan kontroversi.

Biarpun Mamat mengakui kesilapannya memuat naik gambar itu dan memberi alasan yang agak kurang munasabah kononnya dia tidak perasan dengan gambar itu kerana tidak memakai cermin mata, namun ia tetap tidak mampu membersihkan nama Fida.

Setelah lama berdiam diri, bintang kelahiran pantene ini, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan bersama zass baru-baru ini, merungkai isi hati anak kelahiran kampung baru, Kuala Lumpur ini.

“Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang”..

“Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku”.

“Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaitan dengannya selepas ini,” katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

“Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya..


So , mereka bercita atau tidak? Sebelum ni Fyda kata dia jatuh hati dengan Mamat selepas melihat tandatangan dalam tulisan “jawi” .

 

psssttt apa cerita pulak dengan gambar ini?(sumber)

sumber

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Fyda tak Mahu Dikaitkan Dengan Mamat Lagi semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^