Gerhana Bulan Penuh Jam 7.34 Malam Esok : Live Streaming Gerhana Bulan 10 Disember 2011


Mata Upadate -

Gerhana Bulan Penuh Jam 7.34 Malam Esok : Live Streaming Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi.
Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.
Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

 

Dan bagi mereka yang nak tengok Live Streaming kejadian gerhana bulan, anda boleh dapatkan live streaming di pautan yang disediakan oleh blogger anastasyea

 

Live Streaming Gerhana Bulan Penuh Dari Planetarium Negara

 

Sumber : Lulu Caldina dan Anastasyea

 


Peluang memenangi iphone 4s secara FREE!!!

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Gerhana Bulan Penuh Jam 7.34 Malam Esok : Live Streaming Gerhana Bulan 10 Disember 2011 semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^