Video SMM Jawab Isu Turun Bendera Najib Dan Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa


Mata Upadate -

Video SMM Jawab Isu Turun Bendera Najib Dan Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengeluarkan satu kenyataan balas berkaitan isu bendera Najib yang diturunkan pada protes AUKU 17 Disember dengan mengemukakan hujah berakademik instead of hujah “ludah” yang dikeluarkan oleh Pemuda UMNO yang diketuai oleh Panglima Perang ARMAN AZHA. Brader ni dah buat satu kesilapan terbesar dalam hidup beliau dengan mencabar kredibiliti mahasiswa Malaysia. Mahasiswa sekarang bukan lagi dari kalangan minoriti dan suara mahasiswa adalah suara yang amat ditakuti oleh pucuk pimpinan . Jangan main main dengan api yang marak, nanti terbakar diri tak siapa yang nak tolong padamkan. Kalau bercakap kena bercakap dari otak . Bukan bercakap dari perut atau lutut. Renung renungkan ye Abang Brader Panglima Abang Besar

 

ini adalah video kenyataan balas berkaitan isu Adam Adli yang menurunkan bendera tersebut. Semua kekeliruan dijawab dengan baik oleh Pengerusi SMM .

 

mahasiswa semakin hilang percaya dengan tampuk kepemimpinan negara. Kerajaan UMNO pasti goyang dengan SMM sebab SMM adalah satu badan yangh dapat menyatukan semua mahasiswa seluruh Malaysia untuk bangkit melakukan perubahan. Pindaan AUKU hanya akan menyusahkan dan seperti memperbudakkan golongan mahasiswa di malaysia. Mahasiswa dah ada hak dan kematangan sendiri untuk berfikir dan memilih apa yang terbaik untuk mereka. Kalau dihujah isu kerajaan bagi duit untuk mahasiswa belajar dan bukan berpolitik menentang kerajaan, isu tersebut memang tak boleh dijadikan sebagai asas hujahan. Sebab menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan yang memerintah untuk memberi keperluan pendidikan kepada rakyat. Even kalau kerajaan cap Ayam sekalipun memerintah, tanggungjawab tersbeut perlu dilaksanakan sebaiknya. Jadi kenapa ada mulut mulut busuk diluar sana mempertikaikan isu ini? Jangan sampai semua mahasiswa hilang terus kepercayaan kepada tampuk pemerintahan sedia ada.

 

Isu pemuda UMNO  ludah mahasiswa boleh dibaca di Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Video SMM Jawab Isu Turun Bendera Najib Dan Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^