BBM Fauzi Nawawi Dengan Kekasih Gelap Didedah : Akan Saman Blog Hiburan


Mata Upadate -

BBM Fauzi Nawawi Dengan Kekasih Gelap Didedah : Akan Saman Blog Hiburan

Hangat dan panas dunia hiburan sekali lagi setelah isu Zarina Anak Pontianak yang beraksi seksi untuk majalah FHM Indonesia dan mendapat bayaran sebanyak 11000 . Hari ni kecoh dengan isu Fauzi Nawawi ada kekasih gelap dan nak kahwin satu lagi . Semuanya gara gara beberapa screenshot BBM yang dikatakan dihantar oleh Fauzi kepada seorang wanita yang identitinya tidak diketahui. Blog hiburang pertama yang menghebahkan isu ni adalah blog Rotikaya.com dalam entry  EKSKLUSIF: Fauzi Nawawi Kini Miliki Kekasih Simpanan, BBM Sebagai Bukti Skandal?. Dan beberapa jam selepas tu, keluar statement penafian dari Fauzi yang dipaparkan dalam laman hiburan OhBulan dalam entry :

Isteri Fauzi iaitu pelakon Lisdawati turut menafikan berita tersebut dan mengatakan bahawa ia adalah fitnah semata mata.

Fauzi Nawawi akan buat laporan polis ke atas pemilik blog hiburan yang mendedahkan “fitnah” tersebut dan memohon admin memohon maaf secara terbuka

“Saya akan buat laporan polis!” tegas pelakon Fauzi Nawawi ketika dihubungi bagi menjelaskan mengenai kontroversi yang kononnya dia mempunyai kekasih gelap. Sebuah blog hiburan tempatan hari ini menyiarkan beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang memaparkan bukti dakwaan kononnya pelakon teater ‘Se-Merah Padi’ ini sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang.

“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”

 

**entah la betul ke tidak screenshot tu. Sesiapa pun boleh menyamar dalam BBM. Sepatutnya pihak yang menyebarkan tu kena pastikan dulu kesahihan berita dan bukan main hentam ja untuk kaut keuntungan. Tengok siapa yang susah sekarang?? haritu Lisdawati dah menang kes saman Nadia. Takkan sekarang nak bagi Fauzi menang pulak? Wahh kaya la laki bini dua orang ni kan asyik menang kes je…

 

selingan : Ohbulan punya layout dah tukar. Cantik siottt

 

sumber :

Ohbulan

Rotikaya

Ilustrasiaku

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang BBM Fauzi Nawawi Dengan Kekasih Gelap Didedah : Akan Saman Blog Hiburan semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^