Seksualiti Merdeka 2011 : Perhimpunan Sokong Seks Bebas


Mata Upadate -

Seksualiti Merdeka 2011 : Perhimpunan Sokong Seks Bebas

Masih ada yang belum ambil tahu tentang isu panas sekarang iaitu Seksualiti Merdeka? Apa itu Seksualiti Merdeka? Apa motifnya?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!

ape kejadah pulak nak meyokong transgender , gay apa semua tu. Ini memang betul betul biadap bilamana sebuah negara berpaksikan Islam nak menyokong benda benda macam ni. Harap pihak berkuasa ambil tindakan sekerasnya untuk hapuskan fahaman lahanat ni.

seksualiti merdeka 2011

Info lanjut dan lengkap berkaitan Seksualiti Merdeka anda boleh dapatkan di Perhimpunan Seks Bebas 9 November  oleh DahliaJournal. Beliau dah kupas tajuk ni dengan lengkap.


KUALA LUMPUR: Program Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung di ibu negara menjadi tajuk perbahasan hangat beberapa anggota Parlimen hingga persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menjadi kecoh seketika.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur dan cubaan untuk memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan perbuatan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Persidangan menjadi semakin panas apabila Zulkifli cuba mengaitkan isu memansuhkan seksyen itu dengan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya khuatir sebab dahulu ada seorang anggota pembangkang yang mahu Seksyen377 ini dimansuhkan, adakah penganjuran itu juga untuk perkara ini," katanya.

Program yang membabitkan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Rabu sehingga 13 November ini, dilaporkan bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Zulkifli juga mendakwa penganjur program kontroversi itu sebenarnya mahu mempromosi parti seks bebas.

Ketika lantang berbahas, beliau tanpa menyedari menggunakan perkataan "Khalifah" untuk menyifatkan Ambiga sebagai ketua yang dilantik oleh pembangkang ketika penganjuran demonstrasi haram Bersih, 9 Julai lepas.

"Yang Berhormat Kuala Selangor tak faham ke yang Ambiga itu 'Ketua Khalifah' kau orang pada perhimpunan haram dulu...sekarang dia (Ambiga) nak jadi Khalifah seks songsang," katanya.

Insiden itu menyebabkan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun untuk membantah penggunaan perkataan itu.

Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) dalam perbahasannya berharap semua pihak termasuk kerajaan dapat menggunakan pendekatan lain selainkekerasan dalam menangani isu homoseksual itu.

Katanya menghukum mereka yang terlibat dalam seks bebas dan seks songsang tidak dapat menyelesaikan masalah itu tetapi kerajaan diminta supaya lebih memahami dan membimbing mereka daripada terus menjalankan aktiviti homoseksual tersebut.

Mengenai Ambiga, Dr Siti Mariah berkata walapun beliau menyokongnya dalam isu Bersih 2.0 tetapi bagi isu program Seksualiti Merdeka, beliau sama sekalitidak menyokongnya.

Dr Siti Mariah juga mencadangkan supaya kerajaan meminda Kanun Keseksaan untuk memuatkan perbuatan zina sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 377 sebagai usaha membanteras perbuatan zina yang semakin berleluasa di negara ini. - BERNAMA

baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Seksualiti Merdeka 2011 : Perhimpunan Sokong Seks Bebas semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^