Kim Kardashian Fail Permohonan Cerai Terhadap Kris Humphries


Mata Upadate -

Kim Kardashian Fail Permohonan Cerai Terhadap Kris Humphries

Perkahwinan gilang gemilang Kim Kardashian sebelum ini nampaknya tidak bertahan lama . Mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos yang lalu bersama pemain bola keranjang , Kris Humphries. Boleh baca semula entry Gambar Perkahwinan Kim Kardashian Dan Kris Humphries yang aku buat pada 24 Ogos 2011 yang lalu. Dan sekarang, baru masuk awal bulan November dan rumahtangga mereka mula retak dan akhirnya Kim failkan perceraian.



Petikan dari MstarOnline
BINTANG realiti, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraiannya terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26 selepas berkahwin selama 72 hari.
Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu.
Kim dikatakan menfailkan perceraian mereka dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu.
Dalam pada itu, sumber rapat dengan pasangan itu memberitahu, sebab utama perpisahan mereka adalah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.
Kris pula dikatakan tidak mempercayai mengenai penceraian dan masih tidak mengetahui tindakan isterinya.
Kim dan Kris sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos.
Antara selebriti yang hadir pada perkahwinan itu ialah Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan.

Berita ini disahkan lagi oleh Tweets dari @ryanseacrest mengatakan yang Kim telah memfailkan permohonan cerai dan dokumen rasmi perceraian Kim
image
Ada sumber yang mengatakan Kim tidak sehaluan dengan suaminya setelah Kris tidak mempunyai pekerjaan kerana mempunyai krisis di NBA dan hanya bergantung harap pada duit Kim Kardashian saja. Apa apa pun, kepada peminat Kim, tunggu je lah apa pengakhiran cerita ni.

sumber : mstar dan Ohbulan
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Kim Kardashian Fail Permohonan Cerai Terhadap Kris Humphries semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^