Video Flashmob MAS Sambut Penumpang Di KLIA Yang Awesome
flashmob MAS, video sambut ketibaan MAS, kakitangan MAS menyanyi, video flashmob MAS, video di KLIA, flashmob di KLIA,missing you flashmob at KLIA,
Walaupun dah 4hari video ni berlegar dalam Youtube, baru harini aku berpeluang nak buat entry berkaitan benda ni. Berkaitan flashmob yang dibuat oleh Malaysia Airline Service semasa menyambut ketibaan penumpang yang sampai di KLIA. Aku tertarik dengan inisiatif MAS ni . Satu idea menarik. Even something macam ni pernah dah dibuat di luar negara, tapi tak payah la nak kutuk kutuk kritik kan . At least MAS ada inisiatif untuk menghargai semua pelanggan mereka kan?
Flashmob yang dibuat oleh MAS ini adalah gabungan bakat dari Kit Kat Klub, Enfiniti Vision Media, Staff dan keluarga Malaysia Airlines, pelajar UNISEL, dan choreographer terkenal tanah air, Pat Ibrahim. Pat Ibrahim adalah choreographer untuk filem Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan Secret Life of NORA.
Flasmob ni sangat menarik sebab melibatkan lagu dari semua bangsa. Melayu, Cina, India, Western untuk sambut ketibaan penumpang. Betul betul menunjukkan adat tradisi dan budaya Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan menghargai setiap kaum yang ada. Jugak tak lupa kepada pelancong dari seluruh dunia yang datang ke sini. So cool la . Truly Malaysian flashmob dan aku rasa, tak ada sebab untuk kata ini cuma satu idea yang dicuri. Ada la blog tu cakap kan. Macam korang tak tahu. hehe.
Jom layan video flashmob from MAS
cool kan . Setting baik punya . Aku paling suka part brader dua orang tu nyanyi lagu “Rindu”. Masa minit ke 3.27. Mati mati aku ingat dia baru sampai. Tetiba nyanyi. haha. Keep it up MAS. You will always be number 1. The greatest choice of airline service. Tak kisah la nak cakap apa, yang penting mamat Argentina tu dah cakap”This is the best airport in the world” .Anda dah buat semua pelanggan anda tersenyum dan happy semasa di KLIA . Even only part of it dan tak semua. GOOD JOB MAS!! Buat la lagi lain kali.
baiklah teman ... itulah postingan saya tentang Video Flashmob MAS Sambut Penumpang Di KLIA Yang Awesome semoga teman sekalian terpuaskan dan jangan lupa untuk cari lagi untuk postingan yang serupa di sebelah kiri ^_^ tetap jaga Mata untuk selalu Update ^_^